Perihal Jazakallahu Khayra

Kata-kata aluan:
Mohon ditegur di ruangan komen jika terdapat sebarang kesalahan atau terdapat perkara yang terlepas daripada pandangan penulis. Kerana hakikatnya, penulis juga seorang manusia. :)

Definition:
"Jazakallahu khayra" bermaksud semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan.


*******


Alhamdulillah, dalam kehidupan harian kita, kita tak dapat lari sebenarnya daripada kebaikan orang ke atas kita. Tak kira lah daripada sekecil-kecil perkara seperti menghulurkan lauk yang jauh kepada kita, bagi tumpang kereta untuk outing, pak cik kedai Jaipur bagi makanan lebih, makcik jual kuih halalkan 20-30 sen untuk makanan yang dibeli sehinggalah sebesar-besar perkara. (Maaf lah hampir kesemua contoh berkaitan makanan. Itu je yang boleh terfikir sekarang. ^^)


Orang berbudi, kita berbahasa,
Orang memberi, kita merasa.


Apabila kita menerima kebaikan daripada orang lain, seperti peribahasa melayu di atas, alhamdulillah Allah memberikan kita keringanan mulut untuk berbahasa.


Terima kasih. Thanks. Arigato gozaimas. Syukran. Jay zed kay kay (Jzkk). Dan beberapa lagi bahasa ataupun ucapan yang akan kita berikan sebagai tanda menghargai kebaikan yang dilakukan seseorang ke atas diri kita.


Dan ketahuilah kita, tidak ada ucapan penghargaan atas kebaikan seseorang yang lebih baik selain mendoakannya dengan ucapan "Jazakallahu Khayra". Bukannya "terima kasih", "arigato", "jay zed kay kay" itu tidak boleh. Tetapi mendoakannya dengan Jazakallahu Khayra itu adalah lebih baik.


Asy Syaikh Ahmad bin Yahya An Najmi ditanya: Apa hukumnya mengucapkan, “Syukran (terima kasih)” bagi seseorang yang telah berbuat baik kepada kita?

Beliau menjawab:Yang melakukan hal tersebut sudah meninggalkan perkara yang lebih utama, yaitu mengatakan, “Jazaakallahu khairan (semoga ALLAH membalas kebaikanmu.” Dan pada Allah-lah terdapat kemenangan.


Dan,

Daripada Usamah bin Zaid radhiyallahu anhu bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda:
Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan : jazaakallahu khair (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” 

(HR.At-Tirmidzi (2035), An-Nasaai dalam Al-kubra (6/53), Al-Maqdisi dalam Al-mukhtarah: 4/1321, Ibnu Hibban: 3413, Al-Bazzar dalam musnadnya :7/54. Hadits ini dishahihkan Al-Albani dalam shahih Tirmidzi)

*******

Dan persoalan besar yang muncul antara sebahagian besar daripada kita ialah, bagaimana cara sebenarnya nak menjawab ucapan "jazakallahu khayra" ?


Jadi, muncullah bermacam-macam cara untuk respon kepada ucapan tersebut. Antaranya :

  • Membalas dengan senyuman sahaja (ataupun smiley jika di alam maya).
  • Meng-ameen-kan doa tersebut.
  • Berkata terima kasih / syukran kepada orang yang berdoa kepada kita.
  • Menjawab dengan "waiyyak / waiyyakum"
  • Menjawab dengan "wa'alaikum khayran jazakk"
  • Menjawab dengan "Barakallahufikk"
  • Jawab balik dengan "Jazakallahu khayra"
  • Dan lain-lain yang mungkin penulis tak pernah terdengar atau pun terlintas.

Ingin ditekankan di sini, tidaklah salah untuk menggunakan mana-mana cara di atas kerana semuanya masih mendoakan kebaikan kepada orang yang mendoakan kita. 

Cumanya, mengikut sunnah rasulullah itu adalah lebih baik. Apabila orang mendoakan kita dengan "jazakallahu khayra", kita juga sewajarnya membalas semula doa tersebut dengan "jazakallahu khayra". Ini terdapat di dalam nas,


Hadis Rasulullah.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu ia berkata: Usaid bin al-Hudhoir an-Naqib al-Asyhali datang kepada Rasulullah shollallahu alaihi wa sallam, maka ia bercerita kepada Rasulullah shollallahu alaihi wa sallam tentang sebuah keluarga dari Bani Zhofar yang kebanyakannya adalah wanita, maka Rasulullah shollallahu alaihi wa sallam membagi kepada mereka sesuatu, membaginya di antara mereka, lalu Rasulullah shollallahu alaihi wa sallam berkata :

تركتَنا -يا أسيد!- حتى ذهب ما في أيدينا، فإذا سمعتَ بطعام قد أتاني؛ فأتني فاذكر لي أهل ذلك البيت، أو اذكر لي ذاك. فمكث ما شاء الله، ثم أتى رسولَ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طعامٌ مِن خيبر: شعيرٌ وتمرٌ، فقسَم النبيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ في الناس، قال: ثم قسم في الأنصار فأجزل، قال: ثم قسم في أهل ذلك البيت فأجزل، فقال له أسيد شاكرًا له: جزاكَ اللهُ -أيْ رسولَ الله!- أطيبَ الجزاء -أو: خيرًا؛ يشك عاصم- قال : فقال له النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وأنتم معشرَ الأنصار! فجزاكم الله خيرًا- أو: أطيب الجزاء-، فإنكم – ما علمتُ- أَعِفَّةٌ صُبُرٌ

“Engkau meninggalkan kami wahai Usaid, sampai habis apa-apa yang ada pada kami, jika engkau mendengar makanan mendatangiku, maka datangilah aku dan ingatkan padaku tentang keluarga itu atau ingatkan padaku hal itu.”

Maka setelah beberapa saat, datang kepada Rasulullah shollallahu alaihi wa sallam makanan dari khaibar berupa gandum dan kurma, maka Nabi shollallahu alaihi wa sallam membaginya kepada manusia. Ia berkata: kemudian beliau membaginya kepada kaum Anshor lalu makanan itupun menjadi banyak, lalu ia berkata: kemudian beliau membaginya kepada keluarga tersebut lalu makanan itupun menjadi banyak. Lalu Usaid pun mengucapkan rasa syukurnya kepada Nabi: “Jazakallohu athyabal jaza’ –atau khoiron- (Semoga Alloh membalasmu -yaitu kepada Rosululloh- dengan sebaik-baik balasan –atau kebaikan), Ashim (perawi hadits) ragu-ragu dalam lafadznya, lalu ia berkata : Nabi shollallohu alaihi wa sallam kemudian membalasnya : “wa antum ma’syarol Anshor, fa jazakumullohu khoiron –atau athyabal jaza’ (dan Kalian wahai sekalian kaum Anshor, semoga Alloh membalas kalian dengan kebaikan –atau sebaik-baik balasan), sesungguhnya setahuku kalian adalah orang-orang yang sangat menjaga kehormatan lagi penyabar…”

[HR. an-Nasa’i no. 8345, ath-Thobroni dalam Mu’jam al-Kabir no. 567, Ibnu Hibban no. 7400 & 7402, Abu Ya’la al-Mushili dalam Musnadnya no. 908, dll. Dishohihkan syaikh al-Albani dalam ash-Shohihah no. 3096]


Apabila orang mendoakan kepada kita, "Jazakallahu khayra ya akhi!"
Kita menjawab, "Wa enta ya fulan (nama orang), fa jazakallahu khayra"


Jom belajar membiasakan diri dengan sunnah.

Jadi, instead of kita asyik tulis "jzkk", atau cakap "jzkk", apa kata kita membiasakan diri dengan doa yang sempurna. "Jazakallahu khayra" 

:)

Wallahu'alam. Allah lah yang lebih mengetahui.


Semoga bermanfaat. Spread the knowledge. Spread the love.


Rujukan:

1) sunniforum.com/forum/showthread.php?t=3105
2) darussalaf.or.id/stories.php?id=1520
3) Hisnul Muslim, Syaikh Said bin Ali Al Qathani
4) http://mujitrisno.multiply.com/journal/item/411?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem
5) http://umygeminy.wordpress.com/gosip-gosip/kesalahan-dalam-menjawab-ucapan-jazakallah-khairan/


What Doesn't Kill You Makes You Stronger

Disclaimer:
Saya menulis post ini kerana saya rindu untuk menulis. Rasa macam sudah lama meninggalkan dunia penulisan. Jadi, harap maaf jika ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada anda. Saya cuma hendak menulis. Peace.. 

 Disclaimer 2:
Kemungkinan besar post ini tidak berapa diminati sangat oleh pembaca wanita. Kerana tidak membesar dengan cerita-cerita ini.


 ^^v

*******

Zaman kecil-kecil dulu, saya dan satu cerita kartun ni memang sangat tak dapat dipisahkan. Setiap Sabtu dan Ahad, jam 9.30 pagi, di TV2. Namanya Dragon Ball. Ianya sebenarnya sudahpun menjadi memori.

Kebelakangan ni, ASTRO memainkan kembali Dragon Ball Z Kai. Dan Danish akan selalu mengajak saya untuk menonton bersama. Walaupun dia nampak saya sedang sibuk belajar! Dan saya pula terpengaruh. Haha.

Kalau anda perasan kan, ajakan dan permintaan budak kecil sangat susah untuk ditolak. Tambahan jika di akhir ayatnya dia sebut, "Please~~~" Cair terus. Owh, bagaimanalah saya nanti jika sudah punya anak. OK. Ini SELINGAN.


Tak dinafikan saya agak enjoy dengan jalan ceritanya. Tambahan pula ia mengembalikan kenangan dan memori lama. Tapi saya sangat tertarik dengan satu ayat daripada Vegeta / Bezita (atau nama2 yang sewaktu dengannya).

"Kami adalah kaum saiya! Setiap kali kami hampir terbunuh dalam pertempuran, dan kami pulih semula, tahap kekuatan kami akan meningkat. Kami kaum saiya, yang kekuatan tiada had batasan!"

Haruslah, setiap kali tengok dorang berlawan, tambah-tambah kaum saiya, seperti Son Goku, Vegeta, dan Son Gohan, mereka mesti akan berlawan sampai tak terdaya dan hampir mati. Tapi yang paling best adalah jika mereka diselamatkan / dipulihkan. Terus kekuatan mereka akan meningkat ke satu tahap yang lain. Dan akhirnya, musuh mereka (Freeza, Cell, Buu, Android, etc) kalah.

*******

Tamat cerita Dragon Ball.

Dalam kereta tadi, semasa dalam perjalanan pulang daripada melatih pelajar-pelajar sekolah bermain catur, tiba-tiba terbuat refleksi diri apabila Danish bertanya tentang kaum Saiya dalam cerita Dragon Ball.

Sangat kerap dalam kehidupan ini, diri ini ditimpa dengan ujian-ujian yang kadang-kadang merasakan sangat berat. Tak mampu untuk berdiri semula. Apatah lagi untuk mula berjalan kembali. Sehinggakan pernah merasakan yang diri ini tidak mampu lagi untuk meneruskan kehidupan.


Ujian-ujian dari Allah. Yang kita tak pinta. Namun Dia hadirkan jua.


Diri kita selalu mengeluh. Mengapalah ujian sebegini yang ditimpakan ke atas ku. Ramai lagi orang lain yang pada pandangan kita jauh lebih teruk dari kita, tapi Allah biarkan mereka dengan dunia mereka. Tidak perlu merasakan ujian yang 'berat' seperti kita.

Pernahkan terdetik dalam hati sebegitu? Ya, saya pernah.

Tapi, bila diri dah semakin besar, makin mengenali dunia, makin mengenali kehidupan, dan insyaallah makin mengenaliNya, diri ini sudah mula ada pandangan yang lain terhadap ujian-ujian tersebut. Terasa bahawa diri ini sangat disayangi olehNya bila ditimpa ujian-ujian 'berat'. Sebab, setiap kali diri ini menimpa ujian yang sedemikianlah diri ini akan kembali mencari pergantungan. 

Pergantungan apa lagi yang tinggal apabila anda merasakan bahawa seluruh isi dunia tidak mampu menolong anda. Ialah pergantungan yang sebenar. Pergantungan pada Allah swt. Masa itu, akan merasakan bahawa solat kita sangat khusyuk. Setiap bacaan al-Quran, makna-maknanya sangat terkesan kepada hati. Hati yang keras, penuh dengan ego yang menggunung tinggi, kembali menundukkan diri kehambaan kepada yang Maha Menciptakan. 

Kesedihan. Ia memang mengambil masa sedikit. Namun, apabila Allah keluarkan kita daripadanya, kita sudah menjadi lebih kuat. Tanpa diri kita sendiri perasan pun. Kan?

Ya, ujian itu menguatkan. Sebab ramai antara kita belajar daripada pengalaman. Apa yang lebih penting daripada itu ialah, ia menguatkan iman kita. Jika kita tidak putus asa, dan terus dan terus meminta kepadaNya. :)

Kadang-kadang diri ini je yang merasakan bahawa ujian itu terlalu berat dan tak mampu untuk ditanggung. Walhal, Allah dah janji pun dalam Quran. Allah takkan membebani seorang hambanya itu kecuali dia mampu menanggungnya. Jadi, berbahagialah.

Kita ditimpakan ujian kerana Allah masih sayang pada kita. Rindu mendengar setiap rintihan-rintihan kita.

Terasa malu pulak dalam diri. Sebab, tak mampu menyayangiNya seperti mana dia menyayangi diri ini. Dan dia tetap menyayangi diri ini walaupun sezalim mana sekalipun diri terhadap Dia. :((

******* 

Apa yang boleh saya simpulkan daripada tengok cerita Dragon Ball ialah, sebenarnya saya, yang juga manusia, sebenarnya adalah dari Kaum Saiya! (suka-suka hati je bagi nama kaum). Kerana, apabila saya mula pulih daripada dibelasah dengan teruk oleh ujian-ujian, saya merasakan bahawa saya ini seorang manusia yang baru. :)

Saya berasa sangat bersyukur masih dikurniakan 2 nikmat yang terbesar. Iman dan islam. Kerana, ia akan selalu mengingatkan saya bahawa saya masih ada Allah ketika mana saya fikir seluruh isi dunia tidak bersama saya. :)

Well, kita adalah Kaum Saiya! Huhuh.. :)

*******

What doesn't kill you makes you stronger,
Stand a little taller.

What doesn't kill you make a fighter,
Footsteps even lighter.

-Kelly Clarkson-

:)

***

p.s : saya suka warna blog ini. jadi, sila jangan komen apa-apa pasal warna blog. :D
p.p.s : cerita legend. tak tau bila boleh update. >.<

Kepercayaan

Dulu, aku pernah membuat perbandingan seperti ini.

Kepercayaan itu boleh diibaratkan sebagai sehelai kertas.
Apabila kepercayaan itu dihancurkan,
ia umpama...


Anda ambil sehelai kertas,
kemudian dikoyakkan menjadi cebisan-cebisan kecil.
Anda genggam cebisan-cebisan tersebut,
di satu padang rumput yang sangat luas,
pokok-pokok melambai menunjukkan betapa kuatnya angin di situ.
Rambut anda juga berterbangan mengikut arah angin.
Boleh dilihat daun-daun kering dibawa bersama angin-angin tersebut.

Kemudian, anda melonggarkan genggaman anda.
Sedikit demi sedikit cebisan kertas kecil tu beterbangan ke udara.
Di bawa bersama angin-angin tersebut.
Hinggalah habis kesemuanya.

Anda hanya mampu melihat bagaimana angin-angin tersebut membawa cebisan-cebisan kertas itu pergi,
kemudia bertaburan di atas rerumput.

Untuk menjadikannya semula seperti kertas,
adalah sangat mustahil.

Kepercayaan, saya ibaratkan seperti itu.
Sekali anda pecahkan kepercayaan yang diberikan kepada anda,
sudah sukar untuk orang memberi kepercayaan seperti yang sebelumnya.
Tidak kiralah bagaimana pun anda cuba.

*******

Tiba-tiba aku merasakan komen seorang kawan tu membawa maksud yang signifikan dalam hidup ku.

"Kalau seorang tu sanggup kutip balik cebisan-cebisan kertas tu dan cantum balik semula dengan segala susah payah dia, masihkah akan ada ruang keampunan untuknya?"

Mencuba dan terus mencuba mencantumkan cebisan-cebisan itu kembali.
Insyaallah.

***

Pengajaran : 
Berusahalah untuk menjaga kepercayaan orang lain kepada anda. Sekali anda kehilangannya, segalanya sudah tidak lagi seindah dahulu. Serius!